Size Guide

Saiz yang mana paling sesuai dengan saya?

Cara memilih saiz yang betul adalah tentang memilih liputan dan aliran haid mengikut keselesaan masing-masing. Ukur panjang produk (pad pakai buang atau pad kain jenama lain) yang anda sedang gunakan dan pilih pad atau pantyliner dengan panjang yang sama.

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan ukuran pad kain Snowdrop sememangnya lebih panjang dari pad pakai buang biasa. Memilih serapan yang sesuai untuk aliran haid anda adalah lebih penting.

 

Lebar bagi bahagian depan dan belakang adalah berbeza-beza bagi setiap saiz. Lebar di tengah-tengah(wing) untuk kesemua saiz pad Snowdrop adalah sama iaitu kira-kira 7.1 cm lebar di tengah apabila dibutangkan, walaubagaimanapun terima kasih kepada ciri yang hebat iaitu 2 butang yang boleh dilaraskan kelebarannya untuk kesemua saiz pad, ia boleh diselaraskan kepada 8.1 cm untuk liputan yang lebih luas di bahagian tengah 
atau untuk seluar dalam yang lebih lebar atau besar.

 

Saiz Dry Flux adalah pantyliner dan sesuai untuk kegunaan harian, manakala Dry Flux Long pula boleh digunakan sebagai pantyliner yang panjang dan aliran haid yang ringan. Dry Flux Long adalah setanding pad slim di pasaran.

Untuk kegunaan haid, Pad Light Mist kami adalah setanding dengan saiz regular pad pakai buang yang biasa di pasaran, manakala Medium Dew pula amat sesuai untuk menggantikan pad maxi dan saiz ini adalah yang paling digemari untuk kegunaan siang oleh pelanggan yang sukakan liputan untuk siang dan juga malam.

Jika memerlukan perlindungan tambahan untuk semalaman dan juga siang, boleh gunakan pad Heavy Stream(seperti pad overnight di pasaran) kerana ia lebih panjang dan lebar di bahagian belakang berbanding Medium Dew.

Untuk kegunaan ibu berpantang pula, boleh gunakan saiz Maternity yang boleh menampung antara 5 hingga 7 jam(bergantung pada aliran individu), jadi ibu boleh berehat tanpa perlu tukar pad dengan terlalu kerap.

Kami menamakan kesemua saiz produk kami dengan panggilan aliran yang paling ringan setiap saiz itu boleh menampung. Contohnya:

Light Mist - aliran ringan hingga sederhana

Medium Dew - aliran sederhana hingga berat

Heavy Stream - aliran sederhana hingga berat

 

Rangkaian produk kami adalah sesuai untuk semua wanita yang mempunyai pelbagai aliran termasuklah aliran yang sangat berat.

 

Untuk menyesuaikan penyerapan dan saiz ukuran yang selesa untuk anda, kami menyediakan S-Booster untuk digunakan sebagai serapan tambahan. Contohnya sekira anda lebih selesa menggunakan pad yang pendek seperti Light Mist tetapi perlukan serapan yang banyak, boleh tambahkan booster untuk dipakai bersama.

S-Booster dilengkapi dengan getah pd bahagian belakang untuk dilekatkan bersama pad. S-Booster boleh digunakan dengan kesemua saiz pad(kecuali pantyliner Dry Flux) kerana kedudukan getah telah direka elok kedudukan pada tepi wing. Dengan menggunakan booster, ia boleh mengurangkan kekerapan menukar pad. Selepas 3-4 jam atau lebih(bergantung pd aliran haid individu), tanggalkan booster yang penuh dan tukarkan dengan booster yang baru atau anda boleh terus gunakan pad yang sama tanpa perlu ditukar. 

Booster banyak digemari oleh wanita yang sibuk bekerja, kerana mereka tak perlu tukar pad setiap 3-5 jam. Hanya tanggalkan booster dan boleh terus pakai pad yang sama.

 

Untuk saiz yang paling sesuai, kami mencadangkan agar anda mencuba saiz yang berbeza bagi mendapatkan saiz yang terbaik untuk anda. Setiap wanita mempunyai aliran haid yang berbeza-beza dan sangat subjektif.

Contohnya seorang wanita boleh menggunakan pad Medium Dew pada hari yang paling berat hanya dalam lingkungan 3-5 jam, ada juga wanita yang menggunakannya dari pagi hingga ke petang tanpa bocoran. Ada segelintir wanita yang hanya perlu menggunakan pad Light Mist saja untuk aliran yang paling berat untuknya dan pantyliner Dry Flux utk aliran sederhana sehingga akhir haid. Ianya sangat subjektif dan bergantung pada 
aliran masing-masing. Jadi anda perlu cuba sendiri saiz-saiz yang ada sehingga anda tahu saiz mana yang paling sesuai untuk aliran anda sendiri. Anda juga harus mencuba sendiri berapa jam penggunaan yang paling selesa untuk anda bagi saiz yang bersesuaian.

 

Untuk pertama kali, kami sangat galakkan pakej trial atau basic(bergantung pada koleksi semasa) sebagai permulaan. Dari sini anda boleh cuba dan rasa keselesaan setiap saiz bagi mengetahui saiz mana yang paling sesuai dan diperlukan lebih jika ingin menambah stok pad.

Sesetengah wanita mendapati bahawa mereka lebih suka hanya 1 atau 2 saiz sahaja bergantung pada aliran masing2 dan hanya menggunakan saiz tersebut sepanjang haid mereka.