FAQ



Apa yang membezakan Pad Snowdrop® dan pad biasa di pasaran? 

Pad Snowdrop direka dan diperbuat dari fabrik-fabrik yang ditempah khas untuk fungsi pad kain moden. Penggunaannya sama saja seperti pad pakai buang, cuma bezanya ia boleh dibasuh dan dipakai semula selagi tidak rosak, biasanya antara 3 hingga 5 tahun.

Fabrik permukaan diperbuat dari fabrik minky yang sangat lembut digabungkan dengan polyamide yang berfungsi menyerap lembapan masuk ke dalam supaya kekal kering di permukaan. Lapisan penyerap pula diperbuat dari fabrik mikrofiber anti-bakteria dengan gabungan polyamide untuk menyerap 4 kali ganda lembapan.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan fabrik kalis air Polyurethane Laminate bertaraf medical grade, untuk mengelakkan kebocoran di samping memberi pengudaraan yang baik. Semua fabrik yang digunakan bersifat stain-resistant, ia mudah dicuci tanpa perlu diberus.