ABOUT US




Hi, Assalamualaikum..

Nama saya Hanisah, pengasas kepada jenama Snowdrop®. Saya menghasilkan produk Pad Kain sejak Februari 2009. Pada mulanya, saya cuma ingin menjimatkan kos pad setiap bulan kerana desakan hidup pada waktu itu.


Setelah saya kaji, saya dapati pad kain atau biasanya dipanggil Cloth Pad sudah pun tersebar luas penggunaannya di negara-negara maju yang lain. Alternatif pad kain yang bebas bahan kimia dan diyakini lebih bersih menjadi pilihan wanita-wanita yang mempunyai kesedaran tentang kesihatan rahim dan keselesaan bahagian intim. 

Saya sendiri mempunyai masalah seperti wanita lain setiap kali datang bulan. Saya mengalami sakit senggugut yang teruk dan bahagian intim sangat gatal serta melecet. Saya sangat stress setiap kali period.


Alhamdulillah, setelah beralih ke pad kain moden sepenuhnya lebih 11 tahun dulu, sekarang saya sudah lupa bagaimana rasanya sakit senggugut dan kegatalan bukan lagi menjadi masalah bagi saya.

Sejak itu, saya mula lebih yakin bahawa masalah-masalah yang ramai wanita hadapi banyak disebabkan oleh penggunaan pad pakai buang yang membahayakan kesihatan.

Mula-mula dulu, saya hasilkan pad Snowdrop di rumah dan dijahit sepenuhnya oleh saya sendiri. Saya mula perkenalkan pad Snowdrop di blog dan forum untuk meningkatkan awareness wanita di luar sana tentang produk pad kain. Alhamdulillah tanpa saya sangka, permintaan terlalu tinggi dan menyebabkan saya terpaksa menjahit siang dan malam untuk mengejar tempahan walaupun dalam keadaan berpantang.

Selepas setahun, saya mula mendapatkan khidmat ibu-ibu tunggal dan surirumah untuk menjahit produk. Saya mengajar mereka untuk menjahit mengikut kriteria yang saya kehendaki, dan membeli mesin jahit untuk mereka jahit di rumah masing-masing. 

Kemudian, saya mula pasarkan pad Snowdrop di facebook dan website pada tahun 2011 dan permintaan semakin meningkat sehingga saya hadapi masalah stok tidak mencukupi. Permintaan mencecah sehingga 10,000 keping sebulan, jadi pada akhir tahun 2012, saya membuat keputusan untuk membuka kilang sendiri supaya mudah untuk menghasilkan produk dengan lebih banyak di satu tempat. Ia juga memastikan quality control terjaga.
 
Pada tahun 2014 saya mula aktif memasarkan di facebook dan website menggunakan facebook ads sehinggalah sekarang. Di samping itu, saya juga banyak memberi cloth pad secara percuma kepada banyak event yang berkonsepkan natural, eco-friendly dan kewanitaan bagi memperkenalkan pada lebih ramai wanita.

Saya juga telah menghantar produk ke beberapa negara seperti Singapore, Brunei, Mesir, Australia dan juga Amerika. Selain itu, Snowdrop juga adalah pembekal tetap pad kain untuk NGO seperti Persatuan Perubatan Islam Malaysia untuk misi Imam Response & Relief Team(IMARET) dan juga MyCorps di bawah Kementerian Belia & Sukan.

Alhamdulillah, kini dah lebih 11 tahun pad Snowdrop di pasaran dengan beribu-ribu testimoni positif diterima dari ramai wanita yang selesa menggunakan pad Snowdrop.

Rata-rata mereka yang menggunakan pad Snowdrop telah mencuba pelbagai jenama pad kain dan mereka memilih Snowdrop sebagai pad kain no 1 di Malaysia.  

Semua produk kami telah dipatenkan di bawah jenama Snowdrop®.

Snowdrop® HQ
No 39-G, Jalan Meru Bestari A9,
Medan Meru Bestari, 
Bandar Meru Raya
30020 Ipoh, Perak